Trending

Aleyya Fajr Lahir Syawal Kedua

Penyanyi, Alif Satar, 35, berkongsi khabar gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata keempatnya pada Hari Raya Aidilfitri kedua, sekali gus menjadikan Syawal tahun ini lebih bermakna buat dirinya sekeluarga.

Pemilik nama penuh Muhammad Alif Mohd. Satar, memaklumkan isterinya, Shadila Halid selamat melahirkan bayi mereka pada awal pagi Ahad.

“Masha-Allah, Tabarakallah. Alhamdulillah, Shad (isteri) selamat melahirkan anak kami yang keempat waktu subuh Ahad. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Alif turut menitipkan doa buat zuriat baharunya sebagai tanda kesyukuran.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.

“Kamu hadir tepat pada waktu yang sesuai dengan nama yang kami pilih untukmu, sayang. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang.

“Semoga perjalanan hidupmu sentiasa dipandu dengan kasih sayang dan petunjuk-Nya dalam setiap langkah yang kamu ambil, Aleyya Fajr,” tulisnya.

Untuk rekod, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca serta Muhammad Ali.

Related Articles

Back to top button