Selepas Dapat Hollywood Walk Of Fame, Plak Bintang Gal Gadot Diserang Penunjuk Perasaan Pro-Palestin

Pelakon zionis, Gal Gadot menerima kecaman yang hebat selepas dianugerahkan Star Walk Of Fame pada Rabu.

Tidak hanya perihal sokongannya tidak pernah putus terhadap Israel, kecaman turut berlanjutan gara-gara mutu lakonan Gal Gadot yang dikatakan tidak sebagus mana.

Lebih mengejutkan, tidak sampai sehari anugerah Star Walk Of Fame diberikan kepada pelakon filem Wonder Women itu, penunjuk turut datang ke lokasi Star Walk Of Fame itu untuk memprotes pemberian anugerah berkenaan.

Antara protes yang dikemukakan oleh orang ramai termasuklah menjulang tanda dengan tulisan: “Adiwira Melawan Persis Rakyat Palestin” dan “No Other Land Menang Oscar”.

Selain itu, bendera Israel juga dilihat dilemparkan oleh orang ramai.

Dalam kenyataan lain, Gal Gadot mengakui bangga kerana menjadi pelakon pertama dari negara zionis itu menerima plak Star Walk Of Fame.

Sumber: Telegraph

Related post

Leave a Reply