Martin CORTIS Dedah Ketinggian 190CM, Warganet Terkejut: “Dia Ni Model Ke?”

Martin CORTIS Dedah Ketinggian 190CM, Warganet Terkejut: “Dia Ni Model Ke?”

Sejak kemunculan sulung mereka, kumpulan CORTIS sering menjadi perhatian warganet yang ingin tahu mengenai ketinggian anggota-anggotanya, khususnya Martin yang dilihat jauh lebih tinggi berbanding empat ahli lain.

Baru-baru ini, Martin secara rasmi mendedahkan ketinggiannya menerusi jawapan bertulis kepada soalan peminat di platform Weverse, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi di forum dalam talian.

Menjawab soalan peminat yang bertanya: “Martin, berapa tinggi awak?”

Dia menjawab: “190cm (6’3)” sambil menyertakan emoji menari.

Menerusi jawapan itu, Martin mengesahkan dirinya setinggi 190 sentimeter, sekali gus melepasi paras 6 kaki dan lebih tinggi daripada khabar angin sebelum ini.

Warganet nyata terpegun dengan pendedahan tersebut, ada yang menggelarnya sebagai “bayi gergasi” serta membandingkan ketinggiannya dengan selebriti terkenal Korea, Lee Kwang Soo.

Antara komen warganet:

“Tinggi betul… saya tertanya-tanya macam mana udara di atas sana. Tinggi saya 167cm dan kawan lelaki saya 190cm pun dah rasa macam kena dongak habis.”

“Dia ni model ke?”

“Boleh tak tulis dalam cm, Martin?”

“Jadi ahli lain semua dalam lingkungan 170cm lebih ya?”

“Kalau ukur semula mungkin lagi tinggi”

Sumber: Allkpop

Related post

Leave a Reply