Erra Fazira Nikah 12 Disember Depan

Erra Fazira Nikah 12 Disember Depan

Selebriti terkenal, Erra Fazira, 51, mengesahkan bahawa beliau akan melangsungkan pernikahan dengan usahawan yang dikenali sebagai Mr. E, 44, pada 12 Disember hadapan, sekali gus menutup segala spekulasi yang tular sebelum ini.

Majlis akad nikah dijadualkan berlangsung di Shah Alam, Selangor, manakala majlis resepsi akan diadakan pada 13 Disember bagi meraikan pasangan berkenaan.

Pengumuman itu dibuat Erra ketika pelancaran video muzik Cinta Abadi, yang turut dipilih sebagai lagu tema perkahwinan mereka.

“Ya, Insya-Allah kami akan menikah pada 12 Disember ini. Doakan agar pernikahan ini menjadi keberkatan buat kami berdua,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Perkahwinan bersama Mr. E merupakan yang ketiga buat Erra, yang telah melalui kehidupan sebagai ibu tunggal sejak sedekad lalu.

Terdahulu, Erra pernah berkahwin bersama Datuk Yusry Abdul Halim dan Engku Emran namun berakhir dengan perpisahan. 

Erra turut mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya, hasil perkahwinannya dengan Emran yang berlangsung pada 2007 sebelum berakhir pada 2014.

Related post

Leave a Reply