Banglo Mewah Milik Rebecca Nur Al Islam Bakal Dilelong Pada Harga RM2.9 Juta?

Banglo Mewah Milik Rebecca Nur Al Islam Bakal Dilelong Pada Harga RM2.9 Juta?

Tular di media sosial sebuah iklan mengenai kediaman mewah yang didakwa milik pelakon, Rebecca Nur Al Islam dikatakan bakal dilelong bermula 12 November.

Menerusi hantaran yang dikongsi di platform X, iklan berkenaan memaparkan maklumat mengenai rumah tersebut yang dikatakan milik aktres berkenaan dengan harga lelong bermula pada RM2.9 juta.

Malah harga lelongan jauh lebih rendah daripada nilai asal bank yang dianggarkan sekitar RM4.5 juta.

Berdasarkan butiran yang tersebar, kediaman berkenaan merupakan banglo tiga tingkat lengkap dengan kolam renang dan terletak di kawasan eksklusif Ampang, Selangor.

Difahamkan, banglo mewah berkeluasan lebih 8,200 kaki persegi itu turut dilengkapi beberapa kemudahan termasuk ruang tamu luas, bilik tidur utama yang besar serta halaman belakang yang menempatkan kolam renang persendirian.

Sementara itu, di Facebook pula, hantaran mengenai lelongan rumah tersebut turut meraih perhatian apabila beberapa akaun berkongsi tangkap layar iklan itu.

Walaupun maklumat pemilik asal tidak dinyatakan secara jelas, ruangan komen dibanjiri pelbagai spekulasi dengan kebanyakan netizen mendakwa rumah berkenaan memang milik pelakon berusia 38 tahun itu.

Tidak kurang juga yang mempertikaikan kesahihan iklan tersebut dan menasihatkan orang ramai agar tidak terus membuat andaian tanpa pengesahan daripada Rebecca sendiri.

Setakat ini, Rebecca Nur Al Islam belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau penjelasan berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story, Rebecca dilihat telah melakukan lelongan barangan dalam kediamannya termasuk perabot, penghawa dingin dan lain-lain lagi.

“Redha … Hidup harus diteruskan. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya dan anak anak saya. Thank you rumah ini dan kenangan selama 9 tahun”, luahnya.

Related post

Leave a Reply