Persatuan SENIMAN Malaysia
Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
-
SELAMAT HARI SENIMAN 2010!
Filed under UncategorizedMay 29Dalam mengharungi pahit getir sejak tahun 1974, Persatuan SENIMAN Malaysia telah mencipta pelbagai sejarah, tidak kira di zaman Presiden mana sekalipun. Musim berubah, pemimpin berganti namun SENIMAN tetap dengan perjuangan seni yang tidak mungkin padam.
Perjuangan mulia tidak menuntut balasan. Namun Read the rest of this entry »
-
May 24
Lima orang peserta telah berjaya menonjolkan bakat yang cukup menyerlah di dalam pertandingan karaoke SENIMAN sempena Hari Belia 2010 di Putrajaya. Fiona yang selesa dengan persembahannya di pentas telah berusaha gigih, dibantu oleh ibunya untuk mendapatkan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang dipilih pada malam kemuncak. Kesungguhannya ditambah gaya persembahan ketika mendendangkan lagu Darah Muda, telah memukau penonton dan telah dipilih sebulat suara oleh juri sebagai pemenang utama pada malam tersebut. Juri terdiri dari Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Amir Pearl.
Naib Johan disandang oleh Zaki dari Temerluh, ke-3 Suhana, ke-4 Shamimi dan ke-5 Iqbal.
SENIMAN juga mengundang Read the rest of this entry »
-
Kembara PENYIAR 2010
Filed under Berita Ahli, Berita UtamaApr 7
Sebelum berlepas dari Angkasapuri bersama team Muzik FM..Kembara PENYIAR telah berjaya mencapai matlamat.
SENIMAN yang cuma diwakili oleh dua orang peserta turut memeriahkan Kembara 1 Malaysia PENYIAR sempena ulangtahun RTM yang ke-64 pada 3 dan 4 April. Kembara yang dilepaskan dari Angkasapuri memulai cabaran mencari harta karun di Menara KL dan berakhir di Kuantan, Pahang.
Acara pelepasan kembara ini diketuai Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya yang menyaksikan 44 buah kereta mengambil bahagian.
Di sepanjang perjalanan, setiap pasukan yang telah biasa melalui cabaran sebegini begitu serius sehinggakan tidak berkesempatan mengenali di antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada hadiah yang dikejar berupa wang tunai sebanyak tiga ribu ringgit yang telah berjaya dibawa pulang oleh pasukan yang seringkali mengikuti acara seperti ini. Tahniah! ~ Maaf, tak ingat nama kumpulan
~








