Persatuan SENIMAN Malaysia
Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
-
Temui Salima Habibi Esok
Filed under Berita Utama, PercumaMar 5Salima Habibi antara artis rombongan SENIMAN yang akan masuk ke Felda Trolakjaya Utara esok, 6 Mac! Nantikan kami di ‘booth’ SENIMAN!
SUMBER GAMBAR: Facebook Salima
-
Feb 18
InsyaAllah, SENIMAN akan turun ke FELDA pertama di Wilayah Trolak, Perak mulai 5 hingga 7 Mac 2010. Tinggal 2 minggu saja lagi. Dalam rangka program Karnival Jom KeFelda Bersama SENIMAN, peminat dapat bertemu artis yang mengikuti rombongan yang pertama ini di ‘booth’ yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu PUGFM. Artis yang bakal hadir akan turut mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama warga Felda.
Peminat berpeluang menjadi ahli ‘fan club’ SENIMAN yang akan melayakkan mereka menerima kad perlindungan insuran SENICARE yang baru saja dilancarkan oleh SENIMAN pada bulan Januari yang lalu di mana ianya telah dilancarkan oleh YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan.
Di samping itu juga, peminat yang mendaftar sebagai ahli ‘fan club’ akan dapat membeli cenderahati SENIMAN seperti T-Shirt, topi, pen dan pelbagai barangan lagi pada harga istimewa.
Antara artis yang bakal turun bagi memeriahkan Karnival termasuklah Presiden SENIMAN sendiri, Saudara Harun Salim Bachik, InsyaAllah…Tunggu SENIMAN di Wilayah TROLAK!

TEMUI SENIMAN DI FINAS!
-
Feb 6Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/02/06SESUDAH menjadi peneraju baru, Harun Salim Bachik selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan pasukannnya mula menyusun strategi menarik. Semuanya bertujuan menjadikan Seniman lebih proaktif dalam bertindak membela nasib ahli-ahlinya.
Selepas melancarkan Skim Persaraan dan Skim Insurans Berkelompok pada 14 Januari lalu, Seniman meneruskan agenda baru dengan menganjurkan Karnival Jom Ke Felda. Acara ini yang diadakan dengan kerjasama Per tubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia (PUGFM) di jangka menarik perhatian apabila mengajak artis bertemu peminat di kawasan Felda dengan lebih dekat. Read the rest of this entry »






