Persatuan SENIMAN Malaysia
Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
-
May 24
Lima orang peserta telah berjaya menonjolkan bakat yang cukup menyerlah di dalam pertandingan karaoke SENIMAN sempena Hari Belia 2010 di Putrajaya. Fiona yang selesa dengan persembahannya di pentas telah berusaha gigih, dibantu oleh ibunya untuk mendapatkan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang dipilih pada malam kemuncak. Kesungguhannya ditambah gaya persembahan ketika mendendangkan lagu Darah Muda, telah memukau penonton dan telah dipilih sebulat suara oleh juri sebagai pemenang utama pada malam tersebut. Juri terdiri dari Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Amir Pearl.
Naib Johan disandang oleh Zaki dari Temerluh, ke-3 Suhana, ke-4 Shamimi dan ke-5 Iqbal.
SENIMAN juga mengundang Read the rest of this entry »
-
May 24

Sokongan Presiden Harun Salim Bachik & Timbalan Presiden Shahriza Mahmud, 3 hari berumah di Putrajaya. Exco Saddiq Raffali di tengah. ~Menunggu waktu persembahan SENIMAN~
Karnival Hari Belia Negara 2010 telah diadakan secara besar-besaran di Putrajaya yang telah mengundang berpuluh ribu tetamu dari dalam dan luar kawasan Putrajaya. Belia negara datang Read the rest of this entry »
-
Jom ke Karnival Hari Belia di Putrajaya!
Filed under Berita Utama, UjibakatMay 14Temui SENIMAN di Karnival Belia di Putrajaya mulai hari ini 14 sehingga Ahad 16 Mei. Pada hari Sabtu & Ahad SENIMAN akan mengadakan sesi ujibakat bersama artis. Peminat berpeluang berlakon bersama artis dan bawa pulang vcd yg telah dirakamkan bersama mereka!
*Pelbagai cenderamata SENIMAN ada dijual.
*Pendaftaran ahli baru.
*Kemaskini yuran ahli.
*Pendaftaran ahli fan club SENIMAN.
*Pendaftaran SENIcare.
Jom bersama memeriahkan booth SENIMAN! AHLI SENIMAN dengan segala hormatnya dipersilakan ke Putrajaya untuk memeriahkan tapak kita!





