Persatuan SENIMAN Malaysia

Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!

  • Mar 5

    Salima Habibi antara artis rombongan SENIMAN yang akan masuk ke Felda Trolakjaya Utara esok, 6 Mac! Nantikan kami di ‘booth’ SENIMAN!

    SUMBER GAMBAR: Facebook Salima

    Tagged as: , , , ,
  • Mar 4

    Pastikan anda menanti artis SENIMAN di FELDAJAYA UTARA TROLAK, SUNGKAI, PERAK pada 6 Mac 2010. Jom Ke Felda diadakan di Dataran Dewan Serbaguna mulai 5 hingga 7 Mac! Artis SENIMAN akan turun padang bermain futsal bersama belia PUGFM pada hari Sabtu 6 Mac, jam 4 petang.

    Sesi bergambar, ujibakat dan autograf telah diatur khusus untuk anda yang bakal menjadi ahli fan club SENIMAN. Artis yang akan bersama anda termasuk  Harun Salim Bachik, Zed Zaidi, Wazata Zain, Zehra, Rini AF, Aliff AF, Amir Pearl, Shahriza Mahmud, Lan Zailan dan Saddiq Raffali.

    Apa lagi? JOM KE FELDA! ;)

  • Feb 18

    InsyaAllah, SENIMAN akan turun ke FELDA pertama di Wilayah Trolak, Perak mulai 5 hingga 7 Mac 2010. Tinggal 2 minggu saja lagi. Dalam rangka program Karnival Jom KeFelda Bersama SENIMAN, peminat dapat bertemu artis yang mengikuti rombongan yang pertama ini di ‘booth’ yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu PUGFM. Artis yang bakal hadir akan turut mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama warga Felda.

    Kad Pertama SENIcare 0001, Presiden SENIMAN.

    Peminat berpeluang menjadi ahli ‘fan club’ SENIMAN yang akan melayakkan mereka menerima kad perlindungan insuran SENICARE yang baru saja dilancarkan oleh SENIMAN pada bulan Januari yang lalu di mana ianya telah dilancarkan oleh YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan.

    Di samping itu juga, peminat yang mendaftar sebagai ahli ‘fan club’ akan dapat membeli cenderahati SENIMAN seperti T-Shirt, topi, pen dan pelbagai barangan lagi pada harga istimewa.
    Antara artis yang bakal turun bagi memeriahkan Karnival termasuklah Presiden SENIMAN sendiri, Saudara Harun Salim Bachik, InsyaAllah…

    Tunggu SENIMAN di Wilayah TROLAK! :)

    TEMUI SENIMAN DI FINAS!

    Tagged as: , , , , ,

Pilih Kelompok Berita

Berita Terdahulu

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Bermula 2 Jan 2010
counter widget
counter widget




Dibina & Diselenggarakan Sepenuhnya Oleh:
Shahriza Mahmud