-
Fakta
Mengenai SENIMANFAKTA RINGKAS PERSATUAN

Nama Penuh Persatuan:
Persatuan Seniman MalaysiaDitubuhkan pada:
1974Presiden Sekarang:
Yg.Br. Harun Salim BachikJumlah Ahli:
1800Laman Web :
www.seniman.com.myPengenalanPersatuan Seniman Malaysia atau sebutan ringkasnya SENIMAN adalah merupakan antara persatuan artis yang tertua di Malaysia. Ditubuhkan dalam tahun 1974 di Kuala Lumpur di mana Zainuddin Zimbo adalah sebagai Presidennya yang pertama. Penubuhan persatuan ini adalah daripada cetusan dan hasrat para pelakon sendiri yang ingin melihat kebajikan mereka terbela dan perpaduan di kalangan pelakon-pelakon terjalin erat.
Objektif- Bergerak sebagai badan sukarela dengan berasaskan persaudaraan, muafakat, saling menghormati dan tidak membeza-bezakan kaum.
- Bersifat non-politik dan bergerak di atas prinsip-prinsip Rukun Negara.
- Berusaha dan bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang sah samada didalam atau diluar Negara demi kemajuan, kepentingan, peningkatan keupayaan dan profesionalisme serta pembangunan industri hiburan.
- Berusaha kearah menampilkan karyawan yang berwibawa serta industri hiburan yang bertanggungjawab dan berkembang.
- Jujur, muafakat, berakhlak tinggi dan berbudi pekerti mulia dalam menjalankan rancangan dan kegiatan SENIMAN.
- Menyatu padukan seluruh ahli-ahli yang terdiri daripada individu-individu yang terangkum dalam takrif FASAL 6 dalam Perlembagaan ini.
- Berusaha untuk mengembang dan meninggikan prestasi kebudayaan kebangsaan serta membantu kearah perkembangan dan pembangunannya, bersesuaian dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
- Berusaha dari semasa ke semasa melahirkan lebih ramai SENIMAN tanahair
- Mempereratkan hubungan antara ahli-ahli dengan masyarakat kearah memupuk dan menanamkan semangat kerjasama dan persefahaman dan berusaha melahirkan satu masyarakat SENIMAN yang dinamik dan berdikari.
- Menjadi perantaraan dengan mana-mana badan atau jabatan kerajaan yang berkaitan dengan kebudayaan.
- Menjalankan aktiviti berbentuk perniagaan dan ekonomi secara sah atas nama Persatuan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini tidak sebahagian pun daripada wang dan keuntungan itu digunakan untuk pembayaran faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada Persatuan.
- Persatuan boleh menjalankan kutipan derma daripada bukan ahli dan menerima sumbangan bagi membiayai dan menjalankan objektif Persatuan dengan syarat mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berkenaan dan Pendaftaran Pertubuhan.
- Menubuhkan syarikat perniagaan bagi meningkatkan ekonomi Persatuan (pindaan).
LogoLogo dan keterangan Logo bagi Persatuan ini adalah seperti di bawah:

Huruf S di tengah Bintang bermaksud;
S ~ Sepakat Membawa Berkat
S ~ Saling Hormat Menghormati
S ~ Saling Sayang Menyayangi
S ~ Sopan Santun
S ~ Sentiasa Syukur
S ~ Serumpun, Sehati, Sejiwa
S ~ itulah SENIMANPada bintang ada SENIMAN. “SENIMAN” adalah bintang yang bersinar.
Warna Keemasan – bermaksud ~ Kesungguhan dan Kecemerlangan
Warna Hitam ~ Kecekalan
Warna Putih ~ Ketulusan dan Kesucian
Moto Persatuan :Seni untuk Agama, Masyarakat, Bangsa dan Negara.




