Persatuan SENIMAN Malaysia Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
  • Perasmian Koleksi Khas YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

    Filed under Berita Utama, Exco
    Feb 9

    Majlis Perasmian Pameran Koleksi Khas YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim di Rumah Merdeka, Alor Setar, Kedah berlangsung dalam suasana penuh rasa kecintaan akan sejarah yang tidak ternilai harganya.

    Tanggal 7 Februari 2010 jam 10 pagi, amat bermakna apabila Arkib Negara Malaysia telah bertindak untuk mengumumkan tentang rahsia Peti Besi YTM Tunku yang menjadi tandatanya selama ini. Ianya telah dibuka terlebih awal, cuma pelancarannya dilakukan dengan penuh beradat pada 7 Februari. Maka bermulalah Pameran Koleksi Khas YTM Tunku yang boleh dilawat di Rumah Tunku di Alor Setar, Kedah.

    Hadirin dihiburkan dengan tarian Mek Mulong dan persembahan dari Kumpulan Teater AKRAB. AKRAB bakal mewakili Kedah ke peringkat akhir Festival Teater Kebangsaan. Sementara sajak-sajak memperingati YTM Tunku dipersembahkan tanpa henti sewaktu acara lawatan ke Rumah Merdeka.

    Majlis yang bersejarah ini telah dihadiri oleh Timbalan Presiden SENIMAN, Shahriza Mahmud ditemani oleh Exco Zulkifli Ismail dan Abass Abu Bakar PKT. Amran Nasrudin yang juga merupakan Timbalan Pengarah JKKN Wilayah Persekutuan juga turut bersama mewakili SENIMAN sebagai ahli.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Pilih Kelompok Berita

Berita Terdahulu

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Bermula 2 Jan 2010
counter widget
counter widget




Dibina & Diselenggarakan Sepenuhnya Oleh:
Shahriza Mahmud