-
Maklumat Ahli / Artis & ‘Sinema Malaysia’
Feb 6
Persatuan SENIMAN Malaysia harus membuat kenyataan berkenaan perbezaan di antara www.seniman.com.my dan www.sinemamalaysia.com.my
Sejak mula Sinema Malaysia menggunakan domain tersebut, SENIMAN Malaysia sudah merasakan akan timbul permasalahan dari segi kefahaman peminat malah penggiat seni Malaysia dan sememangnya ia terjadi kerana kesamaan yang hampir serupa. Persatuan SENIMAN Malaysia selalu mendapat ‘feedback’ yang bukan untuk tindakan SENIMAN tetapi sepatutnya diajukan kepada Sinema Malaysia. SENIMAN terpaksa menerangkan kepada setiap soalan dan permohonan yang diterima.
Maka dengan itu, ingin ditegaskan di sini, SENIMAN Malaysia dan SINEMA Malaysia adalah dua entiti yang berbeza. Maklumat artis di dalam Sinema Malaysia juga bukanlah untuk tujuan orang ramai mendapatkan ‘contact info’ untuk berkenalan mahupun seangkatan dengannya tetapi untuk pengurusan artis, kebajikan artis dan penerbit yang memerlukan khidmat artis.
Untuk mendapatkan khidmat artis, SENIMAN telah mempunyai prosedurnya sejak dulu lagi. Setiap Syarikat produksi WAJIB menghantar surat secara FAX ke pejabat SENIMAN dengan ‘LETTERHEAD’ syarikat menyatakan tujuan. Ianya akan melalui proses pengesahan sebelum maklumat dikeluarkan.
SENIMAN bertanggungjawab menjaga privasi artis agar tidak disalahgunakan tetapi SENIMAN akan membantu apa yang termampu.
Bagi permintaan yang meragukan, SENIMAN akan forward kepada ahli kerana kami telah diberikan amanah. Jika ahli bersetuju nombor dan alamat mereka diberikan, maka kami akan berikan atau ahli sendiri diminta menghubungi pihak tersebut.
Semoga difahami. TERIMA KASIH!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.






