Persatuan SENIMAN Malaysia Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
  • Sidang Media Jom Ke FELDA Bersama SENIMAN

    Feb 4

    Majlis sidang media yang berlangsung pada hari Khamis 4 Februari 2010, jam 3 petang telah berlangsung dalam suasana sederhana tetapi mencapai matlamat. Memorandum persefahaman ( MOU ) telah ditandatangani di antara Persatuan SENIMAN Malaysia bersama PERTUBUHAN USAHAWAN GENERASI FELDA MALAYSIA (PUGFM) dan EKSB yang akan bekerjasama selama 3 tahun bagi memastikan Karnival Jom Ke Felda berjalan seperti dirancang.

    15 orang artis yang terpilih dan dipilih oleh pihak penaja akan bergerak ke 10 lokasi Felda yang telah dijadualkan pada hampir setiap bulan di sepanjang tahun 2010. Artis SENIMAN akan bermain Futsal dan Netball bersama warga FELDA. Antara artis yang hadir pada majlis sidang media hari ini termasuklah Jehan Miskin dan Zed Zaidi yang juga merupakan Exco SENIMAN, Fizoe Omar, Lan Zailan, Saerah dan Joey.

    Shuhaimi Khizari ( Dr. Freestyler ) mendapat perhatian hadirin sebaik memulakan gerakan menimbang bola dengan kecekapannya bermula dari pintu masuk dewan sehingga ke atas pentas. Beliau juga akan bersama rombongan SENIMAN turun ke Felda pada Karnival yang akan bermula pada 5-7 Mac di Felda Wilayah Jengka. SENIMAN juga akan menjual barangan cenderahati seperti topi SENIMAN, baju T, pen dan sebagainya. Nantikan kemunculan SENIMAN di Wilayah anda!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Pilih Kelompok Berita

Berita Terdahulu

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Bermula 2 Jan 2010
counter widget
counter widget




Dibina & Diselenggarakan Sepenuhnya Oleh:
Shahriza Mahmud