Persatuan SENIMAN Malaysia Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
  • Sekitar Santai Puisi Nusantara@Belantara

    Feb 2

    Bersantai di atas tikar mengkuang di tepi kolam sambil makan jagung panas dan menikmati deklamasi puisi dari setiap peserta disaksikan bulan dan bintang! Fuhh! :)

    29 – 31 Januari 2010: Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar. Semua peserta dari pelbagai latar dan persatuan bergabung dengan kreativiti masing-masing. SENIMAN diwakili oleh Tuan Syed Mohamed Benyahya, Mubarak Majid, Lisa, Lelawati dan Shahriza Mahmud yang bertindak sebagai Pengacara Majlis di sepanjang bengkel berlangsung di samping Amran Nasrudin, PenolongPengarah JKKN Wilayah Persekutuan.
    Semua peserta telah berjaya menyiapkan sekurang-kurangnya 2 buah puisi dan diserahkan kepada Encik Zaifri Husin dari JKKN untuk dibukukan. Kehadiran penyair tanahair, Seniman Negara Datuk Dr A.Samad Said ( Pak Samad ), Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Seniman Khalid Salleh dan Shukri Abdullah telah membuka ruang yang luas kepada anak-anak muda kreatif yang baru menjinakkan diri di dalam dunia penulisan mahupun yang berpengalaman telah sama berkongsi rasa melalui deklamasi puisi yang diadakan pada malam hari.

    Santai di tepi kolam di bawah bulan purnama cukup mengasyikkan. InsyaAllah akan ada susulan dari Santai Puisi ini!


    *Untuk Mendengar lagu latar klik ikon ‘audio’ di dalam frame slide.*

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Pilih Kelompok Berita

Berita Terdahulu

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Bermula 2 Jan 2010
counter widget
counter widget




Dibina & Diselenggarakan Sepenuhnya Oleh:
Shahriza Mahmud