Persatuan SENIMAN Malaysia
Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
-
Jan 29
Kunjung hormat kepada Y.Bhg. Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS pada pagi 19 Januari telah membuka ruang dan memberi cahaya baru dalam mengukuhkan silaturrahim di antara SENIMAN dan FINAS yang sedia terjalin kukuh sejak dulu. Pertemuan dan perbincangan mesra begitu dirasakan cukup selesa dan memudahkan banyak perkara. FINAS benar-benar menunjukkan komitmen yang tinggi dan SENIMAN amat menghargainya! Semoga ianya akan terus terjalin dengan baik. Terima Kasih warga FINAS terutama kepada En. Mahyidin Mustakim!

*Untuk menghentikan lagu latar klik ikon ‘audio’ di dalam frame slide.* -
Jan 26

Sekitar jam 11.30 pagi ini Exco SENIMAN akan menziarahi 3 bintang veteran dalam program Ziarah SENIMAN yang dikendalikan oleh Biro Kebajikan. 3 orang artis yang akan dilawati terdiri dari Latifah Omar, M.Rajoli dan Kamal Pendek.
-
Jan 25
Santai puisi nusantara yang akan diadakan pada 29 -31 Januari masih ada 3 kekosongan. Program tajaan Jabatan Kebudayaan Wilayah Persekutuan dan Majlis Teater Kuala Lumpur ini ditawarkan secara PERCUMA hanya untuk ahli. Semua ditanggung kecuali duit poket..
Siapa cepat dia dapat.Kos sebenar bengkel tak kurang RM500 seorang. Tempah tempat anda HARI INI juga. Jemputan yang akan hadir antaranya Dato’ A. Samad Said dan Dr. Lim Swee Tin.
Email: admin@seniman.com.my







