Persatuan SENIMAN Malaysia

Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!

  • Aug 22

    Bi-Pop BERITA HARIAN
    Oleh Zaidi Mohamad

    2010/08/22

    MEMANG tak menang tangan, namun itulah nikmat dirasai artis yang terbabit dalam kempen berniaga menerusi Bazar Ramadan SENIMAN di Jalan Persiaran Gurney berdekatan Kompleks Gurney, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan buat julung kalinya oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

    Difahamkan daripada 70 gerai disediakan, 20 daripadanya membabitkan selebriti dan hamir 30 lagi membabitkan mereka yang berkecimpung di sebalik tabir industri hiburan. B*Pop berkesempatan Read the rest of this entry »

    Tagged as: , ,
  • Aug 16

    HIBURAN MStar Online

    Isnin Ogos 16, 2010
    Oleh KEMALIA OTHMAN

    PELAKON terkenal Fauziah Ahmad Daud, 49, atau lebih mesra dipanggil Ogy menyatakan hasratnya untuk memperlahankan aktiviti seni bagi menumpukan perhatian sepenuhnya pada bidang perniagaan.

    Dia yang ditemui di Bazar Ramadan Seniman Read the rest of this entry »

    Tagged as: , ,
  • Aug 8

    HIBURAN MStar

    Sabtu Ogos 7, 2010
    Malam Legenda Perdana Raikan Jamil Sulong

    Oleh KEMALIA OTHMAN

    Jamil Sulong menerima penghargaan daripada Presiden Seniman, Harun Salim Bachik sambil diperhatikan karyawan seni yang lain.

    KUALA LUMPUR: Malam Legenda Perdana “Tiada Kata Secantik Bahasa” serta perlancaran buku Datuk Jamil Sulong berjudul Warisan Dan Wawasan berlangsung penuh gilang-gemilang.

    Ia diadakan di Dewan Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.

    Majlis anjuran Persatuan Seniman itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dengan dihadiri lebih 50 artis dan karyawan seni tanah air.

    Pada pukul 8.30 malam, majlis yang dikendalikan oleh pengacara Fauziah Ahmad Daud dan pelakon baru Ifran Roslan itu dimulakan dengan laluan permaidani merah oleh artis-artis veteran dengan diiringi artis-artis baru menuju ke dewan.

    Malam penuh bermakna yang juga meraikan ulang tahun kelahiran Jamil Sulong ke 84 tahun itu turut disajikan dengan persembahan beberapa artis yang menyampaikan tribute lagu-lagu ciptaannya.

    Antaranya Tiada Kata Secantik Bahasa, Merak Kayangan, Engkau Laksana Bulan, Berkorban Apa Saja, Anakku Sazali, Joget Pahang, Tiru Macam Saya, Bulan Dan Juga Angin serta Azizah.

    Ketika ditemui, Jamil Sulong yang kelihatan agak uzur memberitahu sangat terharu dengan majlis penghargaan yang dibuat khas untuknya itu.

    Malah beliau berharap Seniman terus berusaha mengerakkan aktiviti sedemikian kepada artis-artis lama yang lain.

    “Saya sangat terharu dengan majlis yang dianjurkan oleh Seniman ini, lebih-lebih lagi ramai artis-artis lama dan artis baru yang datang meraikan majlis ini.

    “Secara peribadinya saya mengucapkan terima kasih kerana niat dan hasrat mereka datang meraikan majlis ini biarpun kita jarang atau belum pernah berjumpa.

    “Kepada teman-teman yang banyak menyumbangkan tenaga dan bakat pada malam ini, saya anggap itu sebagai hadiah harijadi dan taburan budi yang tidak dapat saya balas,” katanya.

    Dalam pada itu, Jamil sempat meluahkan perasaannya sepanjang 60 tahun berkecimpung dalam industri seni ini.

    “Seperti yang saya katakan, tiada kata secantik bahasa merupakan gambaran perasaan saya yang mana sudah tersirat dengan seribu makna. Pada saya tidak ada apa-apa lagi yang berbuku di hati selama 60 tahun saya di sini.

    “Dugaan sebagai anak seni memang ada turun dan naiknya, tetapi selangkah kita menceburinya kita terpaksa terima pahit maungnya.

    “Saya harap industri seni kita akan terus berkembang sehingga peringkat tertinggi dan ke luar negara,” jelasnya.

    Majlis tersebut turut dihadiri Datuk Yusof Haslam, Datuk Jins Shamsudin, Datuk Sri Khalid Mohammad Jiwa, Datuk Siti Nurhaliza, Rosyam Nor dan ramai lagi.

Pilih Kelompok Berita

Berita Terdahulu

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Bermula 2 Jan 2010
counter widget
counter widget




Dibina & Diselenggarakan Sepenuhnya Oleh:
Shahriza Mahmud