Persatuan SENIMAN Malaysia
Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
-
Feb 28
-
Feb 18
InsyaAllah, SENIMAN akan turun ke FELDA pertama di Wilayah Trolak, Perak mulai 5 hingga 7 Mac 2010. Tinggal 2 minggu saja lagi. Dalam rangka program Karnival Jom KeFelda Bersama SENIMAN, peminat dapat bertemu artis yang mengikuti rombongan yang pertama ini di ‘booth’ yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu PUGFM. Artis yang bakal hadir akan turut mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama warga Felda.
Peminat berpeluang menjadi ahli ‘fan club’ SENIMAN yang akan melayakkan mereka menerima kad perlindungan insuran SENICARE yang baru saja dilancarkan oleh SENIMAN pada bulan Januari yang lalu di mana ianya telah dilancarkan oleh YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan.
Di samping itu juga, peminat yang mendaftar sebagai ahli ‘fan club’ akan dapat membeli cenderahati SENIMAN seperti T-Shirt, topi, pen dan pelbagai barangan lagi pada harga istimewa.
Antara artis yang bakal turun bagi memeriahkan Karnival termasuklah Presiden SENIMAN sendiri, Saudara Harun Salim Bachik, InsyaAllah…Tunggu SENIMAN di Wilayah TROLAK!

TEMUI SENIMAN DI FINAS!
-
Feb 12
Tanpa dirancang dan dipaksa, masing-masing spontan menghadirkan diri ke Majlis yang dianjurkan oleh YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, di mana jemputan dipanjangkan di dalam facebook. Semua rakan YB Dato’ dijemput secara peribadi olehnya. Maka terlihatlah Read the rest of this entry »






