Persatuan SENIMAN Malaysia
Berani Melangkah Menyeberangi Kebiasaan!
-
Apr 20
SENIMAN akan mengadakan Majlis Tahlil & Kesyukuran pada hari Khamis ini 22 April 2010, mulai jam 5.30 petang bertempat di Masjid Al-Ridhuan, Jalan Hulu Kelang.
Kita menyaksikan ramai seniman yang masih muda mahupun yang veteran telah pergi meninggalkan kita samada secara mendadak mahupun akibat penyakit yang ditanggung. Pun begitu ada di antara para seniman yang sedang terlantar melawan penyakit yang masih tidak mahu mengalah.
Dengan itu, SENIMAN dengan segala rendah diri menjemput semua AHLI dan PEMINAT untuk bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada yang masih sihat walafiat dan mendoakan yang terbaik buat seniman yang sedang menanggung kesakitan serta bertahlil buat seniman yang telah mendahului kita di majlis yang mulia ini.
-
Mar 26

AYU yang berbakat. Dikesan di Ayer Keroh, Melaka. SENIMAN akan memperkenalkan Ayu, esok 27 Mac, di Pasar Seni, KL. Kalau nak tengok Ayu menyanyi datang lah.. Booth SENIMAN mula beroperasi mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.
- Shahriza Mahmud bersama peminat dari Kolej Komuniti.
- AYU yang manis selepas berkaraoke di booth SENIMAN.
- 14 tahun tapi lunak suaranya dan berpotensi sebagai pelakon..
- Pilih dik.. ;)
- Suami isteri saudagar kasut! ;)
- Bakat baru yang spontan!
- Siti Nurul..
- Booth SENIMAN yang damai.. ;)
- Mari! Mari! Mari! ;)
- Sadiq layan diri menjelang tengah malam.. ;)
- Rena Tan dah penat berkaraoke tu.. hehe!
- Amir Pearl kena paksa nyanyi.. ;)
- Peminat dari UITM..
- Comel-comelnya.. Anak-anak sape ni? ;)
- Sebahagian dari cenderahati SENIMAN yang dijual.. Pelbagai warna dan corak..
- Punya khusyuk, sampai duduk atas lantai tunggu nak berkaraoke.. ;)
- Peniaga beriadah sementara menanti pengunjung balik kerja! hehe!
-
Temui Salima Habibi Esok
Filed under Berita Utama, PercumaMar 5Salima Habibi antara artis rombongan SENIMAN yang akan masuk ke Felda Trolakjaya Utara esok, 6 Mac! Nantikan kami di ‘booth’ SENIMAN!
SUMBER GAMBAR: Facebook Salima























